7 March 2014

Sumber Protein Untuk Badan Yang Sihat~

Halloooooo... (mood excited ari ni)


Sehari dua ni asik borak pasal protein je kan...meh2..sue nk share sket...protein yg mn korang boleh dpt secara naturally dr mkanan harian....Ok, sumber protein ni terbahagi kpd 2, dari haiwan dan jugak tumbuhan.

hari ni kita bbaca dulu bab sumber protein dari haiwan ye...
dr tumbuhan kita baca esok je....kui3


Makanan Sumber Protein Haiwan



1. Daging Merah

Pengambilan daging merah seperti daging lembu, kambing dan biri-biri baik untuk tubuh. Selain sebagai sumber protein, daging merah juga penting sebagai sumber vitamin B12 and zat besi. Vitamin B12 merupakan vitamin yang sukar diperoleh pada tumbuhan. 



2. Daging putih

Ayam merupakan salah satu contoh sumber protein dari daging putih. Sama seperti daging merah, ayam juga mengandung lemak dan kolesterol. Lemak ayam banyak terdapat pada bahagian kulit dan peha, oleh sebab itu kita disarankan memilih bahagian dada ayam.


3. Ikan

Seperti yang kita sedia maklum, ikan merupakan makanan tinggi protein. Berbeza dengan daging, kita tidak perlu risau tentang kandungan lemak pada ikan. Beberapa jenis ikan, seperti tenggiri mempunyai kandungan lemak yang sangat rendah. Namun, ada juga ikan yang mempunyai kandungan lemak yang sangat tinggi seperti salmon dan tuna tetapi jangan risau pasal lemak ni, sbb lemak yang terkandung di dalamnya merupakan lemak baik Omega 3.
 
4. Susu dan produk tenusu

80% protein pada whole milk merupakan protein kasein dan 20% lagi merupakan protein whey.  Proses pencernaan kasein lebih lambat jika dibandingkan dengan protein whey. 

5. Telur

Kualiti protein dnilai berdasarkan beberapa parameter. Salah satnya adlah biological value (BV). Semakin tinggi nilai BV, semakin mudah protein diserap oleh tubuh manusia. Jika dibandingkan dengan sumber protein lain, nilai BV (whole eggs) adalah yang paling tinggi, iaitu 100.

6. Ikan Bilis

Mungkin ada yang terkejut dengan fakta ini. Walaupun saiznya kecil, tapi kandungan proteinnya mencapai 10%. Selain protein, kalsium juga boleh di peroleh dari ikan bilis ni.

pssstt: kalau rasa payah nk makan semua ni dalam menu harian, jum amik ESP yang konfem bebas bahan kimia dan d yakini besih, halal & menyihatkan.


With love, 
Sue Faizah   
SID: 1000173   
sms/whatsapp: 016 333 5480016 333 5480   
fanpage:  https://www.facebook.com/infinity5480


No comments:

Post a Comment